CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sabtu, 5 November 2011

Rezeki Dari Allah

Alhamdulillah dengan nikmat IMAN dan ISLAM yang Allah kurniakan kepada hambanya ini, ana masih dpt menjalani hidup seharian dengan penuh kesyukuran kepadaNya, pejam celik pejam celik sudah setahun setengah ana di bumi sudan yang penuh dengan proses pentarbiahan dan pendidikan. Selama ana berada di sini banyak yang khaleeda belajar dan mengenal erti kehidupan. Kalau dulu sebelum kesini ramai yang bertanya kenapa memilih sudan, kerana masih banyak lagi negara-negara timur tengah yang boleh ana musafir, tapi ana menjawab dengan tenang munkin ini rezeki Allah untuk ana. Masa mula-mula ana sampai kakak-kakak senior kat sini kata 'bukan semua orang dapat datang sudan, hanya insan-insan yang terpilih sahaja', masa itu ana terpikir juga betul ke, tapi bila ana refresh balik ana ingat akan kakak ana yang pada awalnya ayah ana nak kakak sambung belajar dekat sudan, tapi tanpa izin Allah dan berkat doa mama hasrat baba terpaksa dilupakan, akhirnya kakak melanjutkan pelajarannya di jordan.....ana bersyukur sangat dapat bermusafir di sudan, munkin jika ana di malaysia, ana munkin tak jadi macam mana diri ana sekarang..Inilah rezeki dan ketentuan yang Allah untuk ana..